tInta PembuKa, peManis BicaRa...


welcome to my blog !!



Assalammualaikum...

welcome to this blog... syukran jazilan BUT you must be my follower first.. huhu

Friday, April 30, 2010

jangan derhaka kat mak tau!!!

Derhaka ibu bapa antara 4 dosa besar

SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.
Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Ber baktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.”
Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.
Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”
Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.
Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?
Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.
Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.
Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.
Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”
Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.
Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.
Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.
Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.
Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.
Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.
Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.
Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.
Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.
Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.
Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.
Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”
Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap sya hadah dan menghembuskan nafas terakhir.

hihi kene cari karangan!! nie teknik belajar yang berkesan!!!

Teknik Belajar Yang Berkesan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru, dan pelajar sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah ini kerana sudi menjemput saya bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk “Teknik Belajar yang Berkesan”.
Pelajar yang saya hormati,
Seseorang itu berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kerana usahanya yang bersungguh-sungguh. Sebaliknya seseorang yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang adalah kerana dia tidak belajar dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu kejayaan seseorang pelajar itu bergantung kepada sejauh mana kesungguhannya dalam mengulang kaji dan mentelaah buku-buku pelajaran.
Saya ingin menerangkan di sini tentang teknik belajar berkesan yang dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Maklumat ini saya perolehi melalui kajian-kajian oleh pakar motivasi tentang cara belajar yang betul kerana mereka telah membuat kajian di kalangan para pelajar di sekolah. Bahan inilah yang boleh menjadi bukti bagi digunakan oleh pelajar-pelajar lain.
Antara faktor utama ialah semangat ingin berjaya dalam peperiksaan. Apabila seseorang menanamkan semangat yang tinggi untuk memperoleh kejayaan justeru dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Dalam hatinya dia ingin memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dihadapinya. Dengan adanya semangat ini dia terus berusaha dengan gigih tanpa berasa jemu. Dia juga akan sentiasa mengulang kaji pelajaran yang telah dipelajari mahupun yang akan dipelajari. Dia juga sering membuat latihan-latihan yang diberikan oleh guru.
Sebaliknya pula berlaku apabila seseorang pelajar yang langsung tidak berminat untuk mencapai kejayaan. Dia tidak akan berminat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Setiap kali menghadapi pelajaran, pelajar ini akan berasa cepat jemu malah tidak berminat langsung untuk belajar. Setiap latihan yang diberikan oleh guru tidak disiapkannya walaupun dimarahi oleh guru.
Pelajar sekalian,Selain itu, kejayaan akan dapat dicapai dalam peperiksaan apabila seseorang itu rajin membaca buku. Hal ini kerana apabila pelajar itu begitu rajin membaca buku dia akan dapat menambahkan pengetahuannya. Pelbagai ilmu pelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Fizik dan sebagainya akan mudah dijawab. Hal ini kerana melalui pembacaan pelajar itu akan memperoleh satu ilmu yang baru. Ilmu-ilmu ini boleh digunakan dalam menjawab soalan-soalan tentang pengetahuan am.
Hadirin sekalian,Sesungguhnya masa merupakan emas bagi seseorang pelajar. Hal ini kerana masa memberikan kita peluang untuk belajar. Seharusnya seseorang pelajar itu barns bijak membahagikan masa belajar, masa berehat, masa ke sekolah, dan masa untuk tidur. Setiap masa itu amat penting kepada mereka. Seorang pelajar tidak boleh melebihkan masa mereka bermain. Umpamanya, seseorang pelajar itu sangat digalakkan membuat jadual hariannya. Dalam jadual ini terdapat masa untuk belajar, mengulang kaji pelajaran, berehat, menonton televisyen, dan bermain. Seharusnya masa untuk belajar melebihi masa untuk berehat. Sekurang-kurangnya 3 jam diperlukan untuk belajar setiap hari dan selebihnya adalah masa senggang. Harus diingat bahawa masa yang saya cadangkan ini tidak termasuk masa ketika kita belajar di sekolah. Oleh itu semua pelajar seharusnya bijak membahagikan masa ini.
Hadirin yang dihormati,
Kita seharusnya menghormati guru. Hal ini kerana apabila kita menghormati guru justeru pembelajaran yang kita hadapi akan lebih bermakna dan kita juga akan disukai oleh guru. Oleh itu pelajar yang menghormati guru akan mendapat berkat dalam pelajarannya dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan.
Selain daripada menghormati guru kita juga harus menghormati ibu bapa. Setiap pelajar harus memperoleh restu daripada ibu bapa. Apabila pelajar menghormati ibu bapa pasti ibu bapa akan mendoakan kejayaan untuk mereka. Anak perlu menghormati dan mentaati ibu bapa kerana merekalah yang telah membesarkan kita semua. Tanpa mereka berdua sudah tentu kita tidak akan lahir ke dunia ini. Namun begitu terdapat juga pelajar yang tidak menghormati kedua-dua orang tua mereka. Apabila ini berlaku ibu bapa akan berasa kecil hati dan tidak mendoakan kejayaan anaknya itu. Saya amat berharap agar semua pelajar yang berada di dalam dewan ini supaya menghormati ibu bapa mereka.
Pelajar sekalian,Seseorang yang ingin berjaya seharusnya mempunyai cita-citanya sendiri. Dia boleh menanamkan cita-citanya untuk memperoleh pekerjaan yang diingininya. Umpamanya dia ingin menjadi seorang doktor, peguam, pensyarah, mahupun jurutera. Apabila keinginannya ditanam di dalam hatinya, awal- awallagi dia akan menanamkan cita-citanya di dalam hatinya. Malah dia akan belajar dengan tekun untuk mencapai cita-cita yang dihajatinya. Dengan ini setiap apa yang dicitakan akan tercapai jika dia berusaha dengan gigih.
Sesetengah pelajar yang cemerlang dalam SPM telah melalui suasana pembelajaran secara berkumpulan dan perbincangan. Hal ini kerana apabila pembelajaran dilakukan secara perbincangan lebih mudah difahami. Banyak tajuk yang dapat dibincangkan dalam masa yang singkat. Hal ini memudahkan pelajar untuk mengingati sesuatu pelajaran yang telah diajar oleh guru. Mereka yang belajar secara perbincangan juga akan memperoleh pengetahuan yang barn. Kumpulan ini saling bekerjasama dan masing-masing berusaha untuk memahami sesuatu topik yang dibincangkan. Apabila semua tajuk telah dibincangkan pelajar ini sudah bersiap sedia menghadapi peperiksaan. Sudah tentu mereka boleh menjawab soalan yang diajukan dengan lebih mudah sewaktu peperiksaan berlangsung.
Oleh itu, diharap pembentangan teknik belajar dengan berkesan ini dapat diguna pakai oleh semua pelajar. Hal ini kerana teknik ini telah banyak digunakan oleh para pelajar yang berjaya sebelum ini. Semoga para pelajar akan mencontohi semua teknik ini untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Sekian, terima kasih.

w@k2 sk0l@ yg BusY giLe...

waa..haahaa.. da lame x tulis.. hihi.. busy ngan skola haha.. tuisyen petang malam.. best gile haha lagi 2 minggu je nak exam p.p.t da.. mak x abeh bace lagi... camner nih haha... ok ifah akan wat yang trbaik tok p.p.t nih hihi.. chaiyok2 !!! gambatte!!! alifahilyanamohdzaidi leh nyer.....!!!
no angka giliran pown da ade.. AAC126C003..
hihihi... SEMANGAT2X... huahua... ok la salam..
sayang mak + abah + family...

Saturday, April 10, 2010

ImPiAn BiLaA aBiSs BeLaJoO n BiLeE dA kJeE!!

IMPIAN SAYA!!!
dpat yg terbaik dlam SPM taun nih.. kalo leh nak ar 12 A+


AMIN....





pas abih blajo dpt keje.. nak gi MEKAH lu ..bwak mak abah ngan family...



pas2 baru gi tmpt lain2 haha..





nnti bile da kwen.. nak gi BELANDA.. bile time musim bunga 2 la baru g haha then kalo kaye..
so sape nak kawin ngan saya kene la kaya haha..


nie kat Ireland..


nie kat Korea..best nye lah.. cantikkan..

nie rumah sape la nnti kte duduk bulan madu haha..


nie kat Italy.. best cube tgok cite movie Lizzie Mcguirre.. best cite die..

banyak kat Italy..

Ilya nak pegi bile besa nanti kat sini haha..

da la.. HAFIZA nak gune lak komp.. hihi..ok salam..





















2 ari brturut2 asrama blackout..!!!

hari2 nak gi dpn tetibe je blackout.. da ar lmpu safety pown x idop pe le...haha
gi la tepon.. lpas abih tepon dok kat klas ngan kwn2.. sembang psal cite hot smbil wat
keje.. bese le tu wanita haha.. bile tgok jama dah nak kol 12.00 malam.. so kiteorg pown balik la.. on da way balik... gelap siut.. x nape sape.. pown.. rupe nyer meke kat surau.. huahua...
pastu kte ngan jue pown nak blik dorm amik bantl tpiiii kteorg kecut giler peruuut..so patah la balik.. paggil afiqah and the gang..haha amik la.... lps amik.. cari port nak baring wat keje.. nampk la ade sebungkus selimut gaye cam mayat je balutan 2 huhu.. rupe nye HAFIZA.. haha die maleh nak bwk bntal.. dasar pemalas tol dak nih.. dah la twenty-one kene amik name sbb lmbat gi skolah ahaha sian.. ok la.. tak tau mlm nih blackout ke x lagi ha.. nak beli lilin banyak2..kat koop... untung la koop lepas nih..
hihi.. ok la nak g wat keje salam..

ari nie belajo fizikcool!!!

SUPERCONDUCTOR???


Superconductor is one of the most fascinating features in physics. This concept allows a bullet train to float a few milimetre on its rail, causes less friction to make it moves at 'super' speed. However we're unlucky coz in SPM we wont study abt it in detail.If u wanna pursue your career in electronis,electrical or mechanical engineering.. i think its good to be exposed about it as early as possible.


To understand superconductor, u must understand the word conductor itself. Conductor is like a wire which can conduct electricity. Usually a wire has resistance. Resistance comes from the word, 'resist'..i.e it resists the flow of electrons or current. Different wires has different resistance.But bear in mind, not all conductors are wires.


So..how about superconductors??


Under low temperature, the resistance of a conductor decreases. But under extremely low temperature, some conductors has almost NO resistance...i.e it has ZERO resistance. If this condition is achieved, the conductor now has transformed itself into Superman :) ops!!...it supposed to be SUPERCONDUCToR.


Kalau nak senang faham..bayangkan superconductor ni mcm sebatang highway ..
Tapi katakanlah highway tu sekarang bapak u yang punya :)
So bila hari raya, disebabkan highway PLUS tu bapak kita yang punya. So kalau u jalan kat highway tu takde siapa pun yg nak kacau..takde traffic jam..takde polis...i.e takde apa2 halangan. Kalau u nak main skateboard kat situ pun boleh :)
Senang citer kita kata highway tu takde "resistance". (ZERO RESISTANCE)

Saturday, March 20, 2010

suAtu yanG meNgeceWakaN...


salam...
semalam ana dapat tahu bahawa persahabatan bukanlah sesuatu yang mudah..
tanpa kejujuran dan keikhlasan ..persahabatan tak akan terjalin...
kata2 yang keluar dari mulut kita juga harus djaga spaya tidak melukakan hati sahabat kita..

oleh itu, Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Malah, hati kawan yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

oleh itu,berkatalah dengan Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

janganlah mempunyai Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

setiap persahabatan haruslah mempunyai Keikhlasan kerana keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

lebih dari i2,Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

jika ingin kebahagiaan dlm persahabatan, jangan jadisahabat yg tidak jujur..kerana
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya

jadilah sahabat yang beriman dan bijaksana...
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar
Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

berilah Hadiah Terbaik :
-> Kepada kawan - Kesetiaan
-> Kepada musuh - Kemaafan
-> Kepada ketua - Khidmat
-> Kepada yang muda - Contoh terbaik
-> Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
-> Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
-> Kepada manusia - Kebebasan

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu
cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri yang selalu melukakan seseorng"

ikhlas dari ana...
kawan2 maafkan ana tau !!! kumenasai.. and aligato' ozaimasu 4 being my friend...
luv u all so much..